CJ Wow Shop

Wow Shop (digayakan sebagai WowShop, wowshop, WOW SHOP atau WOWSHOP; dahulu dikenali sebagai CJ Wow Shop) ialah rangkaian televisyen membeli-belah dalam rumah yang dimiliki oleh Wow Shop Sdn. Bhd., anak syarikat Media Prima Berhad.[1] Saluran ini dilancarkan pada 1 April 2016 dan berkongsi waktu siaran dengan empat rangkaian TV Media Prima—TV3, 8TV dan TV9, (dahulunya di ntv7) ia menawarkan pelbagai produk dari pelbagai kategori.[2] Sehingga 2017, CJ Wow Shop menjana pendapatan sekitar 58% daripada RM27.7 juta dan meningkat kepada RM44.0 juta pada suku pertama 2018.[3] Rangkaian ini bertukar nama kepada WowShop pada 1 November 2020.

CJ Wow Shop

Pemilik Media Prima Berhad
(Wow Shop Sdn Bhd)
Dilancarkan 1 April 2016; 5 tahun yang lalu (2016-04-01)
Bahasa Melayu
Mandarin
Ditutup 1 Januari 2019; 2 tahun yang lalu (2019-01-01) (Unifi TV)
17 Februari 2021; 8 bulan yang lalu (2021-02-17) (ntv7)
Nama dahulu CJ Wow Shop (2016–2020)
Format gambar 576i 16:9 (SDTV)
myFreeview Saluran 104 (Melayu)
Saluran 106 (Cina)
Saluran kembar TV3
ntv7
8TV
TV9
Drama Sangat
Hot FM
Buletin FM
Fly FM
8FM
Ibu pejabat Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
31, Jalan Riong, Taman Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Slogan Hidup Mesti Ada WOW
Kawasan siaran Seluruh negara
Laman web wowshop.com.my
Negara Malaysia